Wednesday, January 26, 2011

PASIR SALAN, PULAU TAWAR.




1982 - 1983. 2 Tahun aku mengajar di SM Pulau Tawar. Sebenarnya, bukan aku yang banyak mencurahkan ilmu di sana tetapi aku yang banyak menimba ilmu ... Ilmu tentang kehidupan. Ilmu tentang survival. Ilmu yang banyak aku perolehi dr anak2 didikku sendiri ...

Pasir Salan adalah sebuah kawasan pasiran sungai di sg Pahang. Cantik dan asli tempatnya. Pasir yang memanjang seperti mendindingi air sungai pahang yang jernih dari melimpah ke tebing. Tebing yg ditumbuhi pepohonan rimbun yang meneduhi pasir salan ...

Aku tak ingat siapa yang mencetuskan idea supaya guru2 membawa para pelajar berkelah di pasir salan pada hujung minggu. Yang aku ingat adalah keindahan saat2 itu. Saat2 berkelah bersama guru2 lain, pelajar2 dan juga pekerja2 SMPT. Bukan sahaja mereka yang hadhir malahan orang kampong pun turut menyertainya. Terasa seperti satu perhimpunan keluarga yang besar, yg penuh dengan kemesraan dan kasih sayang.

Ketika itu, aku sudah tidak terasa diri aku sebagai orang bandar. Aku rasa diri aku lebih kampong dari orang kampong di situ. Aku berani mengikut abang Ramli, suami cikgu Jamilah menjaring ikan sedangkan cikgu2 lain tidak berani. AKu sudah pandai menanggalkan ikan dari jaring sedang cikgu2 lain kelihatan tergapai-gapai atau terus tidak menyentuh pun ikan2 itu.

Di bawah pokok, cikgu Jamilah, kak Minah (pekerja sekolah) dn beberapa orang yang lainnya sedang menanak nasi, menjerang air dan memasak untuk semua yang ada di situ.

Kalau tak silap aku, setiap minggu atau 2 minggu sekali perkelahan itu di adakan. Pelajar2 akan bersilih ganti memandangkan para guru tidak mampu membawa semua pelajar SMPT sekali harung atas dasar keselamatan.

Pernah beberapa kali aku mengikut abang Ramli pergi mengayut jaring pada waktu malam di pasir salan. Ketika diajak oleh abang Ramli, aku memang terlalu ghairah untuk pergi sebab bagi aku, abang Ramli telah yakin dengan kemampuan aku untuk aktiviti tersebut. Maklumlah, bukan calang2 orang yang dapat pergi mengikut abang Ramli. Sebelum itu, aku hanya 'mengendeng' sahaja kegiatan abang Ramli itu. Dia biasanya pergi dengan orang lain.

Kami bertolak dari rumah selepas maghrib. Keghairahan aku bertukar menjadi ketakutan bila aku sampai ke sungai. Dengan keadaannya yang hening dan sejuk dan agak gelap, ditamabah pulak dengan bermacam2 bunyian yang pelik2, aku rasa aku tidak mahu berjauhan dari abang Ramli. Aku ingin berkepit sahaja di sebelahnya, tetapi aku malu. AKu malu untuk menunjukkan perasaan takut aku itu. Ego aku masih bermaharajalela dlam diri aku.

Kami menaiki perahu ke tengah sungai hingga ke kawasan pasirnya timbul. Abang Ramli mengemudi perahu. Aku hanay mengayuh tidak tentu haluan. Sesekalai abang Ramli menegur aku kerana pergerakan perahu menjadi hoyong hayang. Abang Ramli solat Isyak dulu di pasir tersebut. Aku? Tak payah ceritalah ...

Selepas solat, kami berkayuh perahu ke hulu sungai. Bulu romaku tidak berhenti meremang kerana aku rasa aku sedang berada terlalu jauh dari abang ramli. Dia di hilir perahu. Aku di hulu perahu. Kemudian abang Ramli menghentikan perahu dan menjatuhkan jaring. Jaring akan hanyut tetapi hujungnya dipegang oleh abang Ramli. ketika itu juga aku teringat berbagai2 cerita orang kampong tentang sugai salan pada waktu malam. Aku betul2 rasa macam nak balik dan nak lepak d rumah bersama cikgu Bashah.

Menambahkan ketakutan aku ialah apabila abang Ramli minta aku turun dari perahu dan masuk ke dalam sungai untuk mengetuk2 air supaya ikan berenang ke jaring. Allah sahaja yang tahu bagaimana takutnya kau ketika itu. Aku bayangkan bermacam2 di dalam air itu yang akan menyambar kaki aku. hati aku menjerit2 hendak naik semula ke dalam perahu tp ego aku melarang.

Pernah satu ketika, aku terasa seolah2 jantungku terhenti berdenyut beberapa saat apabila sedang aku meranduk di dalam air itu, tiba-tiba sebatang kayu timbul dan terbalik di tengah sungai akibat arus air. Demi Allah aku rasa hendak menjerit dan menangis tapi aku malu ...

Satu lagi bab yang aku paling tak suka ialah ketika menanggalkan ikan dari jaring di atas pasir. Sudahlah kesejukan, ikan pulak bukan mudah untuk ditanggalkan. Ketika itulah aku belajar beberapa nama ikan sungai yang mana aku dah lupa sekarang ni. Yang aku ingat cuma ikan batulu sebab namanya pelik sedikit ... batu ... lu. Hehehe!

Selepas menanggalkan ikan dari jaraing, abang Ramli akan membahagikan ikan sesama rata untuk dia dan aku. Aku tidak kisah sangat tentang ikan2 tu sebab aku malas nak menyiang dan memasaknya. Yang aku hendak adalah pengalaman menganyut jaring. Pengalaman yang menakutkan sehingga ketika aku menulis ini pun bulu romaku menegak apabila mengenangkan apa yang telah aku lalui. Seingat aku, aku hanya mengikuti abang Ramli sebanyak 2,3 kali sahaja. Selepas itu aku serender.

Aku tak tahu bagaimana keadaan Pasir Salan sekarang kerana aku telah meninggalkan Pulau Tawar sudah lebih kurang 27 tahun. Yang aku tahu, Pasir Salan telah memberi aku pengalaman yang hebat, yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit dan yang mungkin ramai tidak dapat merasai apa yang telah aku rasai di situ.

Terima kasih Pasir Salan, Pulau Tawar.

Thursday, January 13, 2011

MA'AF ...

Assalamualaikum WBT ...

Aku cuma ingin meminta ma'af kepada semua yang membaca dan mengikuti kisah PULAU TAWAR aku, aku terpaksa berhenti di sini sahaja. Entah kenapa, tiba2 segalanya tidak lagi menjadi kenangan indah bagi aku ...

Walaubagaimanapun, aku tetap menyayangi semua bekas anak2 muridku di SMPT setulus dan seluhur hatiku ...

Wassalam ...

Friday, January 7, 2011

PULAU TAWAR V

Assalamualaikum ....

Aku tak ingat samada aku datang ke SMPT pada hari Sabtu atau hari Ahad tapi yang aku ingat aku rasa kosong. Rasa sesat dan rasa macam nak balik ke Kuala Lumpur semula. Suasana di kawasan SM Pulau Tawar ketika itu terlalu tenang dan lengang. Masa seolah-olah terhenti bagi aku. Apapun, Selamat datang ke dunia baru aku!

Jejaka yang menaiki bas, duduk dalam bas dan turun dari bas dengan aku itu adalah Nasir, cikgu Nasir. Seorang guru baru seperti aku. Beza antara kami memang ketara. Aku nampak si Nasir ni lebih sempoi, lebih relaks dan lebih banyak tersenyum. Aku pulak terlebih sengeh ... macam kerang busuk. Sengeh yang aku paksa ukir.

Aku bersalaman dan berkenalan dengan cikgu Nasir. Dia juga dari KL, rupanya. Kami kami menuju ke rumah guru. Dua buah rumah papan yang bersambungan dengan tiang2 yang sangat rendah. Kambing pun tak lepas menyusup ke bawah rumah tu. Salah sebuah rumah itu dihuni oleh keluarga cikgu Esah, ustazah di SMPT. Sebuah lagi adalah untuk guru2 bujang.

Melangkah masuk ke rumah, aku dan Nasir disambut oleh 5 orang guru bujang lain. Aku betul2 terasa 'out of place' kerana bagi aku, mereka kelihatan sungguh matang berbanding dengan aku. Nasir yang sebaya dengan aku pun, kelihatan matang juga. Perut aku rasa kecut tapi aku cuba berlagak berani dan selamba.

Aku berkenalan dengan cikgu Mat Sudin, Wan Zainal, Mokhtar, Rosli dan Basharudin, seorang lagi guru baru. Semua senior pada aku.

Aku gerun juga melihat cikgu mat sudin yang kelihatan garang dan memiliki senyuman yang sinis. Cara percakapannya agak terkawal dan perlahan.Cikgu mat sudin ni dari Mela, Kuala Lipis, kalau tak silap aku. Nasib baik dia bercakap Bahasa Melayu standard. Dia guru matematik, kalau tak silap aku juga. Dalam hati aku, aku rasa aku tak boleh nak 'klik' dengan dia ni sebab dia nampak 'eksen' sikit ( mat, kalau di baca ni, janganlah maroh keh yak ). Cikgu mat sudin ni, walaupun garang tapi berjiwa seni. Dia sukakan musik. Pandai bermain gitar dan mencipta lagu. Musik juga telah merapatkan jurang antara dia dan aku. Cikgu matlah yang selalu bawa aku nyanyi di stage shows di area Jerantut. Pernah sekali tu, dia cipta lagu untuk pertandingan dan dia minta aku nyanyikannya. Siap rakam dan hantar penyertaan lagi tapi gagei! Lagunya sedap. Mungkin suara aku yang tidak. Dari cikgu matlah aku belajar perkataan 'addlip'.

Ekcerli, aku tak ada mood nak tulis bab 'intoduce'2 ni. Aku lebih suka tulis tentang pengalaman 'priceless' aku di Pulau Tawar tapi aku kena tulis juga sebab dengan cikgu2 ni pun aku ada pengalaman tersendiri. Aku pernah bergaduh dengan salah seorang dari guru2 ni sampai tak bercakap untuk beberapa lama. Bab tu, aku cerita kemudian. Hehehe ....!

Okay, next cikgu yang aku nak perkenalkan ialah cikgu Mokhtar. Kalau tak silap aku, dia ni orang Kelantan. Ngajar apa, aku dah lupa. Walaupun 'chubby' dan berkulit gelap sikit tapi hensem jugak orangnya. Bagi aku, dia ni paling sempoi. Tak banyak ragam. Bercakap 'maintain' loghat ibundanya. Cikgu mokhtar ni lah yang mula perkenalkan aku kepada Hetty Koes Endang. Mana taknya, hari2 main kaset Hati Lebur Jadi Debunya sampai aku terjatuh hati kepada lagu2 dalam kaset tu. Lagu Hetty yang paling aku minat sampai sekarang ni ialah lagu 'Melodi Perpisahan'. Bukan minat lagu tu saja, entah berapa banyak kaset HLJD aku beli. Semua hilang ... Hehehe! Ada sekali dulu, aku sanggup ke kuantan untuk menonton konsert hetty di stadium Darul Makmur. T.ksh cikgu mokhtar kerana kenalkan aku pada hetty.

Cikgu seterusnya ialah cikgu rosli. Orang Johor, rasanya. Kecil molek orangnya. Berambut keriting halus. Cikgu Rosli ni mengajar apa ye? Sains Pertanian ke? Eh, tak mungkin sebab aku tak nampak pun kebun di SMPT dulu. Entahlah, aku dah lupa. Cikgu rosli ni tak pernah tak smart. Smart memanjang. Sentiasa menjaga personalitinya. Ramai pakcik2 di Pulau Tawar tu suka pada cikgu Rosli ni. Salah seorang daripadanya adalah arwah enchu rozuki. Seingat aku, cikgu rosli ni dulu selalu dipadan2kan dengan anak2 dara pakcik2 di Pulau Tawar tu tapi sorang pun tak melakat, rasanya. Rosli .. rosli .. walaupun cenonit je orangnya tapi ramai peminat. Love is blind, mat salleh kabor ... Hehehe!

Seterusnya ialah cikgu zainal. Orang Felda. Felda mana, aku lupa juga. Dia ngajar apa, aku pun dah tak ingat. Masa aku mula datang ke SMPT, aku rasa cikgu zainal ni yang paling best. Love at 1st sight bagi aku. Hahaha. Dia ni kurus dah tahap melengkung sikit. Pakai seluar ala2 bell bottom gitu. Suka buat kelakar dan 'out spoken'. Aku ingat dia ni syok pada ketua pelajar perempuan SMPT masa tu. Kalau tak silap aku, budak tu namanya Rahimah Supar. Tapi cikgu zainal ni syok sendiri je. Hahaha! Budak tu tak ada perasan pada dia, agaknyalah. Lagi satu yang aku ingat tentang cikgu zainal ni ialah dia ada motorsikal 'scrambler'. Sesuai sungguh dengan body dia yang kurus tu. Cikgu zainal ni, pantang jumpa hari Jumaat. Tiap hari jumaat, dia akan balik ke kampong felda dia dengan scrambler merahnya.

Kerana terlalu suka dan respek pada cikgu zainal ni, aku panggil dia abang nal. Hehehe! Cikgu2 lain semua aku panggil nama saja. Cikgu2 lain pun panggil dia ni 'nal' saja.

Orang kata 'panas tak sampai ke petang'. Satu hari tu aku bergaduh besar dengan abang nal aku ni. Wakakaka! Kenapa? Macamana? Nanti aku sambung kemudian ya ...

Goodnight!

Wednesday, January 5, 2011

PULAU TAWAR IV

Assalamualaikum WBT ...

Berjumpa kita sekali lagi di pagi yang basah ini ... Ramai bertanya kepada aku samada akan banjir atau tidak? Tak pandai aku nak meramalkannya. Seingat aku di tahun 2008, cuaca panas dan cantik di bumi Mengkarak ni tapi banjir tetap melanda ...

Aku pernah merasai keadaan banjir ketika aku di Pulau Tawar. Bagi aku, itu pengalaman yang amat menyeronokan. Aku dah tak ingat kawasan mana yang ampuh dan mana yang tidak. Yang aku ingat, di sebelah hilir sedikit rumah guru tempat aku duduk, air sungai sudah melimpah ke atas jalanraya. Aahhh ... meriah sungguh! Ramai penduduk tempatan menangkap ikan yang terkapar-kapar dan terloncat-loncat di atas jalan. Ada penduduk yang menahan jaring di tepi jalan, di belukar dan semak di situ. Aku ingat, aku tak join sekali. Aku minat tapi mungkin sebab tak ada orang yang nak memelawa aku jadi aku segan sendiri.

Okaylah, baik air, bak ikan ni kita cerita kemudian. Cuma yang aku nak beritau, aku masih ingat ada orang kampong Bukt Rang pernah berseloroh dengan aku macam ni ...

'Aiii cikgu Shah ... Nanti bersisik nanti'

Mmmmm ... macam tu lah kemaruknya aku dengan menangkap ikan ni masa aku duduk di Pulau Tawar. Taknik dan skillsnya semua anak murid aku yang ajar. Nanti kita cerita kemudian ...

Beralih kepada kisah masa aku mula sampai ke SM Pulau Tawar ...

Cikgu Rahman dengan bangganya memperkanlakan aku kepada miss Pulau Tawar yang berkulit puti melepak dan bermata sepet tu. Kalau dia tak pakai baju kurung, soheh aku cakap dia minah Jepun.

"Ada juga orang putih macam ni duduk di kampong?". Jahilnya soalan yang bermain di kepala aku masa tu.

"Shah, ini kerani kita, Engku Wan Shamsukhairi ..." . Mak aiii nama ... Kalau aku tak tengok orangnya, gerenti aku ingat dia lelaki. Dahlah bunyi macam nama jantan, pastu panjang pulak ...

"Call her Wok" cikgu Rahman explained.

"Laaa ... macamana boleh jadi 'Wok' pulak?". Soalan bodoh menyoal aku lagi. Wok pun Woklah asalkan mudah aku nak sebut.

Wok ni aku tengok lemah lembut dan manja sgt orangnya. Tersenyum sokmo. Aku tak lama berbual dengan Wok sebab lepas tu, aku masuk ke bilik cikgu Rahman. Kami berborak-borak lagi. In English tu .... Ecehhh! Apa yang kami borakkan, aku dah lupa.

Tak lama aku di sekolah hari tu. Tak sempat pun tengok rumah guru sebab aku nak balik ke KL semula.

Dalam perjalanan balik, aku banyak termenung dalam bas. Nak tidur pun tak boleh. Aku risau dan takut mengenangkan nasib diri aku yang akan tercampak ke Pulau Tawar tak lama lagi.

Di rumah pun, aku banyak termenung. Macam2 persoalan bermain dalam kepala otak aku. Yang paling aku risaukan ialah tentang bagaimana aku nak menyesuaikan diri dengan masyarakat sekeliling aku nanti. Aku memang orang kampong ... Kampong aku pun ulu juga tapi aku dah terbuang ke Kuala Lumpur sejak aku berumur 7 tahun. Dah berbelas tahun aku di kota. Bersekolah pulak di St John Institution dari sekolah rendah sampai sekolah menengah. Dengan geng2, aku speaking English. Dengan famili di rumah pun. macam tu juga. . Cakap orang Temerloh pun aku dah banyak tak ingat masa tu, inikan pulak nak bercakap bahasa orang Pulau Tawar ... betul nak nangis aku.


Harinya tiba juga untuk aku membawa diri ke Pulau Tawar. Aku pergi naik bas lagi. Aku bawa pakaian dan barang yang penting2 saja. Yang lainnya abang aku janji dia akan hantar kemudian.

Sekali lagi, tiba saja aku di bandar Jerantut, aku perasan ramai mata yang memandang aku. Takut juga aku. Ketara sangat ke aku ni orang luar? Apa yang tak kena dengan penampilan aku? Entahlah. Hanya orang2 tu yang boleh jawab.

Aku naik bas ke Pulau Tawar. Bas kontot je. Aku ingat aku duduk seat yang paling depan. Ada 2 sebab kenapa. Pertama, aku takut tersesat. Kalau duduk depan, senang aku betanya kepada bas driver. Yang keduanya ialah aku takut nak duduk dengan penumpang lain di belakang. Aku takut jadi macam kera sumbang. Maklumlah dalam bas tu, penumpang sibuk berborak sesama mereka. Riuh rendah bunyi. Keh ... Di ... Keh ... Di ....

Dalam bas itu juga aku perasan ada seorang penumpang yang kelihatan macam orang asing juga. Dia berambut ala afro. Berbadan tegap dan lebih kurang seusia aku. Dia duduk di bahagian belakang. Aku nampak saja dia tapi aku tak ambil peduli pun sebab aku terlalu kusyuk masyuk dengan dilema aku sendiri.

Masuk sahaja ke simpang kpg Pulau Tawar, seperti kereta cikgu Rahman, bas pun mula menari gelek sbb nak elak taik lembu tetapi sekali sekala terdengar juga bunyi 'peceetttt' bila tayar bas terkena juga jerangkap samar tu. Maaf aku cakap ya tapi yang aku paling tak tahan masa tu ialah bau taik lembu tu. Aku nak tutup hidung, aku segan pada penumpang lain. Aku tak nak dia orang fikir aku ni mengada-ngada. Mau tak mau, aku terpaksa menahan nafas sajalah. Sebenarnya, aku ni sangat sensitif terhadap bau-bauan sampailah ke sekarang. Bau minyak wangi pun boleh buat aku pening kepala, kekadang tu. Bau asap rokok buat aku lemas tp yang peliknya, bila kau yang merokok, aku tak lemas pulak. Mmmm macam macam ...

O ye ... lagi satu perkara yang aku cemoih sikit masa tu ialah bas tu setiap 5 minit berhenti. Adumakk ... ada saja orang nak turun. Di KL, bas cuma berhenti di bus stands saja. Di Pulau Tawar, mana2 boleh berhenti. Peunumpangnya pulak, kalau boleh, nak bas tu berhenti betul2 depan rumah mereka. Hebat kannn???

Sampai di hadapan SMPT, bas secara otomatik berhenti. Abang drebar tu dah tau aku nak turun di situ. Aku ucap terima kasih banyak2 pada dia dan upahkan dia dengan senyuman paling menggoda aku. Hehehe! Aku pun turun dengan bagasi aku. Rupanya bukan aku sorang saja yang turun. Mamat berambut afro dn berbadan tegap pun turun sekali ...

Siapa agaknya si mamat tu ye ...?

Aku rehat di sini dulu ya. Nak mandi pulak. Dari Subuh tadi aku tak mandi2 lg. Maklumlah hari hujan, cuasa pun sejuk ...