Wednesday, January 26, 2011

PASIR SALAN, PULAU TAWAR.




1982 - 1983. 2 Tahun aku mengajar di SM Pulau Tawar. Sebenarnya, bukan aku yang banyak mencurahkan ilmu di sana tetapi aku yang banyak menimba ilmu ... Ilmu tentang kehidupan. Ilmu tentang survival. Ilmu yang banyak aku perolehi dr anak2 didikku sendiri ...

Pasir Salan adalah sebuah kawasan pasiran sungai di sg Pahang. Cantik dan asli tempatnya. Pasir yang memanjang seperti mendindingi air sungai pahang yang jernih dari melimpah ke tebing. Tebing yg ditumbuhi pepohonan rimbun yang meneduhi pasir salan ...

Aku tak ingat siapa yang mencetuskan idea supaya guru2 membawa para pelajar berkelah di pasir salan pada hujung minggu. Yang aku ingat adalah keindahan saat2 itu. Saat2 berkelah bersama guru2 lain, pelajar2 dan juga pekerja2 SMPT. Bukan sahaja mereka yang hadhir malahan orang kampong pun turut menyertainya. Terasa seperti satu perhimpunan keluarga yang besar, yg penuh dengan kemesraan dan kasih sayang.

Ketika itu, aku sudah tidak terasa diri aku sebagai orang bandar. Aku rasa diri aku lebih kampong dari orang kampong di situ. Aku berani mengikut abang Ramli, suami cikgu Jamilah menjaring ikan sedangkan cikgu2 lain tidak berani. AKu sudah pandai menanggalkan ikan dari jaring sedang cikgu2 lain kelihatan tergapai-gapai atau terus tidak menyentuh pun ikan2 itu.

Di bawah pokok, cikgu Jamilah, kak Minah (pekerja sekolah) dn beberapa orang yang lainnya sedang menanak nasi, menjerang air dan memasak untuk semua yang ada di situ.

Kalau tak silap aku, setiap minggu atau 2 minggu sekali perkelahan itu di adakan. Pelajar2 akan bersilih ganti memandangkan para guru tidak mampu membawa semua pelajar SMPT sekali harung atas dasar keselamatan.

Pernah beberapa kali aku mengikut abang Ramli pergi mengayut jaring pada waktu malam di pasir salan. Ketika diajak oleh abang Ramli, aku memang terlalu ghairah untuk pergi sebab bagi aku, abang Ramli telah yakin dengan kemampuan aku untuk aktiviti tersebut. Maklumlah, bukan calang2 orang yang dapat pergi mengikut abang Ramli. Sebelum itu, aku hanya 'mengendeng' sahaja kegiatan abang Ramli itu. Dia biasanya pergi dengan orang lain.

Kami bertolak dari rumah selepas maghrib. Keghairahan aku bertukar menjadi ketakutan bila aku sampai ke sungai. Dengan keadaannya yang hening dan sejuk dan agak gelap, ditamabah pulak dengan bermacam2 bunyian yang pelik2, aku rasa aku tidak mahu berjauhan dari abang Ramli. Aku ingin berkepit sahaja di sebelahnya, tetapi aku malu. AKu malu untuk menunjukkan perasaan takut aku itu. Ego aku masih bermaharajalela dlam diri aku.

Kami menaiki perahu ke tengah sungai hingga ke kawasan pasirnya timbul. Abang Ramli mengemudi perahu. Aku hanay mengayuh tidak tentu haluan. Sesekalai abang Ramli menegur aku kerana pergerakan perahu menjadi hoyong hayang. Abang Ramli solat Isyak dulu di pasir tersebut. Aku? Tak payah ceritalah ...

Selepas solat, kami berkayuh perahu ke hulu sungai. Bulu romaku tidak berhenti meremang kerana aku rasa aku sedang berada terlalu jauh dari abang ramli. Dia di hilir perahu. Aku di hulu perahu. Kemudian abang Ramli menghentikan perahu dan menjatuhkan jaring. Jaring akan hanyut tetapi hujungnya dipegang oleh abang Ramli. ketika itu juga aku teringat berbagai2 cerita orang kampong tentang sugai salan pada waktu malam. Aku betul2 rasa macam nak balik dan nak lepak d rumah bersama cikgu Bashah.

Menambahkan ketakutan aku ialah apabila abang Ramli minta aku turun dari perahu dan masuk ke dalam sungai untuk mengetuk2 air supaya ikan berenang ke jaring. Allah sahaja yang tahu bagaimana takutnya kau ketika itu. Aku bayangkan bermacam2 di dalam air itu yang akan menyambar kaki aku. hati aku menjerit2 hendak naik semula ke dalam perahu tp ego aku melarang.

Pernah satu ketika, aku terasa seolah2 jantungku terhenti berdenyut beberapa saat apabila sedang aku meranduk di dalam air itu, tiba-tiba sebatang kayu timbul dan terbalik di tengah sungai akibat arus air. Demi Allah aku rasa hendak menjerit dan menangis tapi aku malu ...

Satu lagi bab yang aku paling tak suka ialah ketika menanggalkan ikan dari jaring di atas pasir. Sudahlah kesejukan, ikan pulak bukan mudah untuk ditanggalkan. Ketika itulah aku belajar beberapa nama ikan sungai yang mana aku dah lupa sekarang ni. Yang aku ingat cuma ikan batulu sebab namanya pelik sedikit ... batu ... lu. Hehehe!

Selepas menanggalkan ikan dari jaraing, abang Ramli akan membahagikan ikan sesama rata untuk dia dan aku. Aku tidak kisah sangat tentang ikan2 tu sebab aku malas nak menyiang dan memasaknya. Yang aku hendak adalah pengalaman menganyut jaring. Pengalaman yang menakutkan sehingga ketika aku menulis ini pun bulu romaku menegak apabila mengenangkan apa yang telah aku lalui. Seingat aku, aku hanya mengikuti abang Ramli sebanyak 2,3 kali sahaja. Selepas itu aku serender.

Aku tak tahu bagaimana keadaan Pasir Salan sekarang kerana aku telah meninggalkan Pulau Tawar sudah lebih kurang 27 tahun. Yang aku tahu, Pasir Salan telah memberi aku pengalaman yang hebat, yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit dan yang mungkin ramai tidak dapat merasai apa yang telah aku rasai di situ.

Terima kasih Pasir Salan, Pulau Tawar.

No comments: