Thursday, January 28, 2010

EPISOD-EPISOD KEHIDUPAN

Assalamualaikum ...

Hari ni aku belum nak sambung cerita aku dan sungai Pahang lagi. Aku cuma nak buat promo sikit. Maklumlah orang drama, tak lekang dengan promo.

Adehhh deh deh ...! Lagu CINTA HAMPA pulak di Sinar FM tu. Hmmm ... lagu ni pun adalah salah 1 daripada lagu2 latar drama kehidupan aku. Lambat laun akan aku ceritakan ...

Kalau panjang umur aku dan kederat mengizinkan, selepas bab 1st 6 years of my life ni, aku akan sambung dengan kisah-kisah aku di sekolah rendah dan menengah. Lepas tu, cerita aku di MPTI ...

Pengalaman aku menangajar di sekolah Pulau Tawar, TAHAP, Sulaiman Bentong, Mengkarak dan Kerayong akan menyusul kemudian. Banyak kenangan bersama kawan-kawan dan bekas anak2 murid aku yang hendak aku kongsikan di sini dan pastinya 'oak me' akan jd 2nd hero dan heroin dlm cerita2 aku nanti ... 1st heronya mestilah aku. Heheh ...!

Aku harap 1 hari nanti coretan aku dalam blog ni, ada orang yang sudi mengadaptasinya untuk dijadikan komik macam 'Aku Budak Minang' tu ... Tajuknya mestilah 'Koi Anok Pahang'.

InsyaAllah, aku tak akan mengaibkan, memperkecilkan, memperbodohkan dan mempersendakan mana2 pihak dalam blog ni kerana aku sendiri tidak mahu aku diperbuat macam tu oleh orang lain. Kita hormat orang, orang hormat kita ... Ini antara prisip aku. Aku nak blog aku menjadi bahan bacaan untuk bersantai tapi aku juga akan selitkan cerita2 'tangkap leleh'. Aku memang pakar dalam bab ni sbb kehidupan yang mengajar aku.

Oklah. See you soon, InsyaAllah.

Wednesday, January 27, 2010

SERULING ANAK GEMBALA

Di lembah sungai nan indah ...
terdengar suara memecah ...
melayang bunyi seruling ...
kala senja hening
...

Itulah baris pertama lirik lagu SERULING ANAK GEMBALA nyanyian Jefrideen. Entahlah, tiap kali bila aku dengar lagu ni, fikiran aku akan melayang ke zaman silam. Satu macam perasan bergolak dalam benak aku yang tak pandai aku nak explain di sini.

Aku dah dengar lagu ni sejak aku umur 6 atau 7 tahun lagi. Masa tu aku duduk di Durian Tawar. Rumah papan peninggalan arwah ayah aku memang selesa dan macam syurga untuk aku ketika itu. Lebih kurang 50 meter di depan rumah aku adalah sungai Pahang. Kalau berdiri di tingkap atau duduk di pelantar rumah, nampaklah sungai yang mengalir aman dengan airnya yang jernih itu.

Mungkin bebudak masa ni tak percaya bahawa sungai Pahang pernah jernih. No lie! Sungai Pahang memang jernih airnya. Kalau menyelam, boleh nampak ikan atau muka kawan yang menyelam dekat dengan kita. Ketika itu ada sejenis kehidupan sungai yang aku dah tak jumpa sekarang dan tak ingat namanya. Bendanya seperti agar-agar, ukuran sepanjang jari kita dan biasanya melekat pada kayu atau tunmbuhan di sungai. Alaa .. bentuknya macam halwa buah kundur tetapi ianya putih, jernih dan lembut. Tak merbahaya pun. Boleh dipegang.

Sejenis lagi hidupan sungai yang aku tak jumpa dah sekarang ni ialah ikan cermin. Ikan ni kecik je berbentuk ala-ala ikan bawal. Bodynya transparent sampai boleh nampak tulang.

Lagi satu hidupan sungai Pahang yang agak pupus ialah kijeng. Kijeng ni macam lokan. Hidup dalam tanah, dalam air. Baunya hanyir sikit. Dulu, selalulah aku dn kengkawan mengutip kijeng ni. Di rebus dalam tong minyak tanah ( yang dah tak guna dan bersih la weii ... )di ngaaapp, makan. Aku tak minat makan kijeng ni ... liat!

Aku ingat lagi kalau memancing di sungai Pahang zaman 60an dulu, takdelah sesusah sekarang ni nak dapat ikan. Dulu pn, takde lah joran atau gadget memancing yang canggih2. Yang kami guna ialah joran yang dibuat dari pelepah ... (alamak aku lupa lah pulak nama pokok tu. Yang macam pokok salak tu). Selain joran, of course, tangsi dan mata kail. umpannya, cacing. Tak payah nak pegi jauh jauh cari lapang. Cacak je joran kail tu di tanah tepi sungai, lepas tu kami terjun sungai, mandi bogel. Nak terpekik terlalak ke, lantak lah. No problem punya ... pancing tetap mengena. Sekejap pancing tu bergoyang dirembat ikan. Sekejap pancing ni. Biasanya ikan lampam dan kerailah yang jadi mangsa.

Aku ingat satu incident di mana aku, kakak, abang dan sepupu aku memancing dari atas pokok jambu air di tebing, depan rumah aku. Sambil memancing sambil berborak dan mengunyah buah jambu air tu. Tiba-tiba joran aku ditarik ikan. Punyalah besar ikan tu. Boleh nampak. (Kan aku dah cakap tadi, air sungai Pahang jernih). Menggelabah juga aku. Sepupu aku nak tolong 'labu'kan ikan tu tapi aku tak beri. Last last, aku dengan joran aku, terjatuh ke dalam sungai, di tarik ikan. Ikan terlepas. Hmmfff hampehh! Dahlah ikan terlepas dan aku basah kuyup, kena kutok lagi tu. Moral of the story is ...jangan nak mengada-ngada kalau tak pandai.

Banyak lagi cerita aku dengan sungai Pahang ni ... Yang abang aku campak aku ke dalam sungai sebab aku malas nak pergi sekolah, lagi best!

Itu, aku cerita dalam next episod, k ...

Tuesday, January 26, 2010

1st 6 Years Of My Life

Actually, aku tak ingat the early years. Apa yang aku ingat is aku duduk kampong lebih kurang 7 tahun je lepas birthday aku. Lepas tu aku terbuang ke KL.

Ayah meninggal dunia masa aku berumur 3 tahun jadi aku tak ingat kenangan bersama arwah. Yang aku ingat hanya 2 incidents saja. Will tell later ... Aku nak introduce arwah ayah aku dulu.

Arwah ayah adalah guru besar pertama Sekolah Kebangsaan Durian Tawar. Masa tu, kira jawatan arwah, besar dn glamerlah. Tahun 50an, ayah dah pakai kereta ala-ala jip. Walaupun aku tak hidup lagi masa tu, aku tau sebab aku ada tengok gambar dia dan abang-abang aku berposing dengan kereta tu. Arwah ayah aku ni tersangatlah garang orangnya tetapi baik hati, kata orang lagi. Macam akulah juga masa mengajar dulu .. heheh! O ya ... nama arwah ayah aku, Sulaiman bin Satin. Saaa tin. Bukan satin macam jenis kain tu, k. Mr Satin tu keturunan Minangkabau. Aku tak sempat dengan aki Satin ni. Cerita tentang dia dan kaum kerabat dia pun, aku tak tau. Nobody to tell. Arwah ayah meninggal kerana heart attack.

Ok, 2 kenangan bersama arwah ayah yang aku ingat ialah ....

1st, aku ingat ayah dukung aku atas bahu dia dan bawa aku ke tengah sungai Pahang. Masa tu, air surut lah wei ... Kalau air besar, aku pun dah tinggal arwah sekarang ni. Lepas ayah meninggal, arwah mak kata, ayah buang tebiat masa dia bawa aku bersiar-siar di tengah sungai tu. Orang lain tak pernah buat 'kelako gitu', kata mak.

2nd, masa ayah aku disemadikan di kuburannya. Masa nak balik, aku sempat tanya arwah mak aku "ayoh tak basoh ke kene hujan, mok?" Very naive, kan? Budak umur 3 tahun, tahu apa dia?

After that, life went on happily for me. Tidur, bangun, makan, main, mandi di sungai Pahang ... inilah rutin seharian aku. Aku tak tau kesusahan yang arwah mak aku terpaksa lalui hidup sebagai janda muda. O ya ... mak aku 3rd wife arwah ayah. Kira, arwah ayah kawin student dialah. Perangai yang ni, aku tak ikut, k. Age difference antara arwah mak dan arwah ayah memang jauh berbeza. Believe or not, my eldest brother ( dari my 1st mother ) is older than my mother by mothns. Jadi, kira2nya, mak aku ni boleh jadi macam anak kepada ayah akulah, where age is concerned. Terer arwah ayah aku!

In the 7th year of my life, tragedies started happening ... Kalau you all pernah tengok '3 Duri Di Hati Bonda' aku, adalah tragedi2 tu, aku selitkan sikit2. Yang ni, aku cerita laterlah. Dah ngantuk ni. Apapun, thanx for reading. Goodnight ...!


Sunday, January 24, 2010

CHAKCHIT

Sebenarnya aku ni anak cina. Mak aku jumpa aku dihanyutkan dalam tong dram ketika dia sedang membasuh kain di sungai Pahang. Dulu, masa aku kecil, aku selalu menangis dan mengamuk bila aku diejek aku anak Chakchit yang dibuang.

Kalau tak silap aku, Chakchit ni ialah nama salah seorang Cina yag berkedai di Durian Tawar pada tahun 60an dulu. Aku tak ingat dan tak kenal dia hingga ke hari ini. Dah meninggal pun agaknya.

Susah nak percaya kan? Jangan percaya! Itu semua karut. Ucu ( pakcu ) aku yang selalu mengusik aku dengan hikayat 1001 malamnya itu. Ucu ... Ucu, semoga Ucu dah sembuh sekarang. Ucu aku ni duduk di Jerantut. Tahun lepas dia kena 'stroke' hingga lumpuh sebelah badan. Aku, abang dan kakak aku ada pergi melawatnya. Masa tu, Ucu hanya menyambut kami dengan airmata, maklumlah, dia tak boleh bergerak dan bercakap. l had to be strong then sebab tak mau menambahkan sedih Ucu dan famili dia. Kalau ikutkan hati aku, memang aku dah menangis. Kalau aku menangis, yang lain tentu menangis juga maka keadaan akan jadi macam salah satu babak dalam drama2 sedih aku. Tak naklah aku!

Berbalik kepada cerita Chakchit tadi ....

Dulu, aku memang percaya aku ni anak Chakchit sebab ramai sangat yang mengejek aku termasuklah adik adik beradik dan saudara mara aku yang lain. Masa kecil, kulit aku ni putih, mata pun sepet sebab itulah Ucu aku sesedap hati dia je mereka cerita. Lama jugalah aku terpaksa hidup dalam dongengan Ucu aku ...

Kepada Ucu, encik Sa'ari bin Mat Tahar, saya rindukan usikan dan gurauan Ucu. Semoga Ucu sembuh dan terus berbahagia di samping keluarga Ucu di Jerantut. l will always love you ...

Where Do I Begin?

Ahad, 24 Januari 2010, 11.17 mlm.

1st time dlm hidup aku, aku menulis blog. Dunno how to begin. Nak tulis tentang kehidupan aku, it's just too early, lagipun mood belum ada. Kepala aku pun tengah memproses idea untuk 'Gugurmu Di Tangkai Madu' dan 'Burger Layan Diri', 2 buah cerita yang aku harus hasilkan menjadi skrip drama RTM. Aku malas nak burdenkan sangat minda aku. Kalau minda dah terlalu berat dn pack, satu apa pun tak akan terhasil.

Anyway, this is only the begining. l'm glad l've taken my 1st step into the blogging world. Orang kata, langkah pertama tu yang paling susah nak buat. Sekarang aku dah buat, aku harap aku akan terus melangkah dan melangkah ....