Wednesday, January 27, 2010

SERULING ANAK GEMBALA

Di lembah sungai nan indah ...
terdengar suara memecah ...
melayang bunyi seruling ...
kala senja hening
...

Itulah baris pertama lirik lagu SERULING ANAK GEMBALA nyanyian Jefrideen. Entahlah, tiap kali bila aku dengar lagu ni, fikiran aku akan melayang ke zaman silam. Satu macam perasan bergolak dalam benak aku yang tak pandai aku nak explain di sini.

Aku dah dengar lagu ni sejak aku umur 6 atau 7 tahun lagi. Masa tu aku duduk di Durian Tawar. Rumah papan peninggalan arwah ayah aku memang selesa dan macam syurga untuk aku ketika itu. Lebih kurang 50 meter di depan rumah aku adalah sungai Pahang. Kalau berdiri di tingkap atau duduk di pelantar rumah, nampaklah sungai yang mengalir aman dengan airnya yang jernih itu.

Mungkin bebudak masa ni tak percaya bahawa sungai Pahang pernah jernih. No lie! Sungai Pahang memang jernih airnya. Kalau menyelam, boleh nampak ikan atau muka kawan yang menyelam dekat dengan kita. Ketika itu ada sejenis kehidupan sungai yang aku dah tak jumpa sekarang dan tak ingat namanya. Bendanya seperti agar-agar, ukuran sepanjang jari kita dan biasanya melekat pada kayu atau tunmbuhan di sungai. Alaa .. bentuknya macam halwa buah kundur tetapi ianya putih, jernih dan lembut. Tak merbahaya pun. Boleh dipegang.

Sejenis lagi hidupan sungai yang aku tak jumpa dah sekarang ni ialah ikan cermin. Ikan ni kecik je berbentuk ala-ala ikan bawal. Bodynya transparent sampai boleh nampak tulang.

Lagi satu hidupan sungai Pahang yang agak pupus ialah kijeng. Kijeng ni macam lokan. Hidup dalam tanah, dalam air. Baunya hanyir sikit. Dulu, selalulah aku dn kengkawan mengutip kijeng ni. Di rebus dalam tong minyak tanah ( yang dah tak guna dan bersih la weii ... )di ngaaapp, makan. Aku tak minat makan kijeng ni ... liat!

Aku ingat lagi kalau memancing di sungai Pahang zaman 60an dulu, takdelah sesusah sekarang ni nak dapat ikan. Dulu pn, takde lah joran atau gadget memancing yang canggih2. Yang kami guna ialah joran yang dibuat dari pelepah ... (alamak aku lupa lah pulak nama pokok tu. Yang macam pokok salak tu). Selain joran, of course, tangsi dan mata kail. umpannya, cacing. Tak payah nak pegi jauh jauh cari lapang. Cacak je joran kail tu di tanah tepi sungai, lepas tu kami terjun sungai, mandi bogel. Nak terpekik terlalak ke, lantak lah. No problem punya ... pancing tetap mengena. Sekejap pancing tu bergoyang dirembat ikan. Sekejap pancing ni. Biasanya ikan lampam dan kerailah yang jadi mangsa.

Aku ingat satu incident di mana aku, kakak, abang dan sepupu aku memancing dari atas pokok jambu air di tebing, depan rumah aku. Sambil memancing sambil berborak dan mengunyah buah jambu air tu. Tiba-tiba joran aku ditarik ikan. Punyalah besar ikan tu. Boleh nampak. (Kan aku dah cakap tadi, air sungai Pahang jernih). Menggelabah juga aku. Sepupu aku nak tolong 'labu'kan ikan tu tapi aku tak beri. Last last, aku dengan joran aku, terjatuh ke dalam sungai, di tarik ikan. Ikan terlepas. Hmmfff hampehh! Dahlah ikan terlepas dan aku basah kuyup, kena kutok lagi tu. Moral of the story is ...jangan nak mengada-ngada kalau tak pandai.

Banyak lagi cerita aku dengan sungai Pahang ni ... Yang abang aku campak aku ke dalam sungai sebab aku malas nak pergi sekolah, lagi best!

Itu, aku cerita dalam next episod, k ...

3 comments:

mazru said...

hehehe boleh tahan nakal jugek pakndak ni rupenye..i like!

pakNdak said...

bapok nakeinye ... sengeh sendiri bile teringat, yu.

CekWa said...

salam ziarah PA..