Sunday, January 24, 2010

CHAKCHIT

Sebenarnya aku ni anak cina. Mak aku jumpa aku dihanyutkan dalam tong dram ketika dia sedang membasuh kain di sungai Pahang. Dulu, masa aku kecil, aku selalu menangis dan mengamuk bila aku diejek aku anak Chakchit yang dibuang.

Kalau tak silap aku, Chakchit ni ialah nama salah seorang Cina yag berkedai di Durian Tawar pada tahun 60an dulu. Aku tak ingat dan tak kenal dia hingga ke hari ini. Dah meninggal pun agaknya.

Susah nak percaya kan? Jangan percaya! Itu semua karut. Ucu ( pakcu ) aku yang selalu mengusik aku dengan hikayat 1001 malamnya itu. Ucu ... Ucu, semoga Ucu dah sembuh sekarang. Ucu aku ni duduk di Jerantut. Tahun lepas dia kena 'stroke' hingga lumpuh sebelah badan. Aku, abang dan kakak aku ada pergi melawatnya. Masa tu, Ucu hanya menyambut kami dengan airmata, maklumlah, dia tak boleh bergerak dan bercakap. l had to be strong then sebab tak mau menambahkan sedih Ucu dan famili dia. Kalau ikutkan hati aku, memang aku dah menangis. Kalau aku menangis, yang lain tentu menangis juga maka keadaan akan jadi macam salah satu babak dalam drama2 sedih aku. Tak naklah aku!

Berbalik kepada cerita Chakchit tadi ....

Dulu, aku memang percaya aku ni anak Chakchit sebab ramai sangat yang mengejek aku termasuklah adik adik beradik dan saudara mara aku yang lain. Masa kecil, kulit aku ni putih, mata pun sepet sebab itulah Ucu aku sesedap hati dia je mereka cerita. Lama jugalah aku terpaksa hidup dalam dongengan Ucu aku ...

Kepada Ucu, encik Sa'ari bin Mat Tahar, saya rindukan usikan dan gurauan Ucu. Semoga Ucu sembuh dan terus berbahagia di samping keluarga Ucu di Jerantut. l will always love you ...

4 comments:

Unknown said...

walaupun ianya satu gurauan tapi akan terus jadi kenangan manis......ada jugak mender yg nak dicerita kan pada anak cucu nanti

pakNdak said...

koi dpt citer pader aok me pn jadilah, zul. apepn, tengkiu 4 ur comment.

tauke said...

pakcik "chakchit"...

tahniah kerana berjaya menerobos ke dunia siber.. semoga akan terus berkarya di alam maya..

welcome to blogger's world... sekali menjadi blogger akan terus memblog selamanya.. tapi bukan mem'block'..

adios!!

pakNdak said...

t.ksh tauke ...

InsyaAllah akn teruskan memblog.