Thursday, January 28, 2010

EPISOD-EPISOD KEHIDUPAN

Assalamualaikum ...

Hari ni aku belum nak sambung cerita aku dan sungai Pahang lagi. Aku cuma nak buat promo sikit. Maklumlah orang drama, tak lekang dengan promo.

Adehhh deh deh ...! Lagu CINTA HAMPA pulak di Sinar FM tu. Hmmm ... lagu ni pun adalah salah 1 daripada lagu2 latar drama kehidupan aku. Lambat laun akan aku ceritakan ...

Kalau panjang umur aku dan kederat mengizinkan, selepas bab 1st 6 years of my life ni, aku akan sambung dengan kisah-kisah aku di sekolah rendah dan menengah. Lepas tu, cerita aku di MPTI ...

Pengalaman aku menangajar di sekolah Pulau Tawar, TAHAP, Sulaiman Bentong, Mengkarak dan Kerayong akan menyusul kemudian. Banyak kenangan bersama kawan-kawan dan bekas anak2 murid aku yang hendak aku kongsikan di sini dan pastinya 'oak me' akan jd 2nd hero dan heroin dlm cerita2 aku nanti ... 1st heronya mestilah aku. Heheh ...!

Aku harap 1 hari nanti coretan aku dalam blog ni, ada orang yang sudi mengadaptasinya untuk dijadikan komik macam 'Aku Budak Minang' tu ... Tajuknya mestilah 'Koi Anok Pahang'.

InsyaAllah, aku tak akan mengaibkan, memperkecilkan, memperbodohkan dan mempersendakan mana2 pihak dalam blog ni kerana aku sendiri tidak mahu aku diperbuat macam tu oleh orang lain. Kita hormat orang, orang hormat kita ... Ini antara prisip aku. Aku nak blog aku menjadi bahan bacaan untuk bersantai tapi aku juga akan selitkan cerita2 'tangkap leleh'. Aku memang pakar dalam bab ni sbb kehidupan yang mengajar aku.

Oklah. See you soon, InsyaAllah.

10 comments:

Unknown said...

jangan plak lupa untuk beritau ker koi tarikh tayangannya dan d tv mana bila dah di daptasi dn selesai penggambaran,koi dapat nonton dari jauh pun jadi ler

pakNdak said...

InsyaAllah. Aok di maner, zul??

mazru said...

setuju ngat pak ndak...harapnye ade la terselit nama koi dlm kesoh te nt..huhu x sabor nak bace

pakNdak said...

tunggguuu ...! mesti ander, ayu. episod istimewa te ...

Unknown said...

koi d inanam kota kinabalu...kira2 nak jadi orang sini

Fadh said...

ayahngoh, jgn nok mengada2 jadi org sana plok...pakndok, teruskan berblog.

pakNdak said...

will do, fadh cuma pakndok sibuk ngat skrng ni. 2 skrip kena siap sblm 15hb 2 2010. maaf kepada semua.

al-mankaraqi said...

semoga berjaya.......koi ingat nok interbiyu awok lar PA......

pakNdak said...

Eh ... janganlah, ucop. Malu koi ... Koi bkn saper2.

rin said...

ahye..ni btui2 org duyan tawor..pekabo cikgu? popalih bc blog2 ni buat koi rasa nk dok kg je..cite sg la,kijeng la,ikan crmin la, toh le ada lg ke dok dlm sg tu yek...lama dah xtgok drama cikgu kt tv..koi ni bosan dgn cite2 melayu yg skrg ni toh hape2..buat le cite kerbau ke, kambing ke..lg best...so cikgu buat le cite2 yg mcm cikgu buat dulu2 tu br le ade `realiti' ckit dok..ni asik cite org kaya2, lawo2 hensem2..a r tompel lg hensem..haha..ok la cikgu, selamat maju jaya...harap2 cikgu ingat la koi ni sape yek..