Monday, December 27, 2010

PULAU TAWAR II

Assalamualaikum semua ...

6.30 pagi. Ayam kurang berkokok pagi ni, tidak seperti lazimnya. Mungkin ayam2 sedang lena diulit mimpi indah dalam kesejukan dan kegelapan pagi ini. Langit masih berbalam, muram seperti cuaca yang tidak begitu bermaya kerana dibasahi renyai hujan.

Seperti yang aku janjikan sebelum aku tidur malam tadi, aku akan menyambung semula kisah pengalamanku waktu pertama kali menjejakkan kakiku di bumi bertuah PULAU TAWAR.

Ingin aku ingatkan di sini bahawa aku adalah seorang lelaki separuh umur yang sedang terhakis ingatannya. Banyak babak2 didalam kehidupanku telah dierased. Jadi sebelum aku meneruskan coretan aku, aku ingin memohon maaf kepada semua mereka yang pernah hadir dalam kehidupanku, yang sama2 mencatatkan sejarah hitam putih dalam lembaran perjalananku, sekiranya ada nama2 individu dan fakta2 yang aku terlupa. Bukan aku tak sayang atau menyisihkan kalian semua tetapi sesungguhnya, aku TERLUPA.

Mak aiii ... panjangnya mukadimah.

OK ... kita kembali ke restoran Rasa Sayang, Jerantut.....

Aku terkejut ya amat sangat apabila melihat beberapa ekor ulat di tulang peha ayam yang dagingnya sedang aku kunyah. Apa nak kata?? Tekakku terus terasa nak muntah. Ingin saja aku luahkan isi mulutku ke pinggan, ketika itu juga tetapi aku masih ada rasa hormat kepada pelanggan lain yang ada di situ ketika itu. Aku berlari ke singki berhampiran dan aku muntahkan sisa2 makanan yang ada adalam mulutku. Beberapa ekor ulat mungkin terasa lega sebab mereka tidak masuk dan hadam di dalam perutku sebaliknya jatuh ke dalam singki.

Pelanggan2 lain hairan. Apatah lagi, si pemilik restoran itu. Aku perasan wajahnya serbasalah dan risau. Entah macamana, ketika itu, aku dapat menyelami perasaan dan isi hati dia. Aku dapat rasakan kebimbangan dia. Aku dapat rasa kemaluan dia ( oittt!!! jgn nak meyimpang ye ). Aku tahu apa yang berlaku bukan disengajakan olehnya. Aku jadi tidak marah. Aku ingat aku cuma cakap 'ulat!!' dan aku ke mejaku semula dan meneguk air sirap yang ada di situ. Aku terus berlalu pergi. Si pemilik restoran masih tergamam dan malu agaknya sehingga mulutnya terkunci untuk meminta ma'af. Aku tak kisah pun. Di luar restoran, aku buat2 memandang kepada nama restoran tersebut. Aku cuma hendak tuan kedai tu fikir yang aku akan melaporkan tentang kedainya kepada Persatuan Pengguna atau menulis tentangnya di dalam akhbar. Nak gertak je. Hehehe ...

Ok ... Selesai tentang sambutan dan santapan hebat dan istimewa yang aku terima ketika pertama kali aku datang ke bandar Jerantut. Yang peliknya, isu itu menjadi satu pengalaman yang kelakar dalam hidupku kerana semua yang mendengar ceritaku akan tertawa. Hahahahaha ... macam tu lah.

Alamak ... perutku rasa lapar pulak ni bila bercerita tentang makanan. Hehehe! Kalau pergi makan nasi lemak di kedai mak ngah ni mesti best. Mesti berasap lagi nasi dia ...

Okaylah, aku sambung lagi. Kalau tak, ada yang membebel pulak. Isyyy, tak sabor bebenor aokme ni ...

Aku pergi ke perhentian bas. Alamak, bas ke Pulau Tawar tak ada masa tu. Yang ada pun, akan bergerak ke sana petang itu. Berserabai jugak otak aku memikirkannya. Takkan aku nak tidur di Jerantut dan naik bas pagi besok ke PT. Ooo nooo!! Aku dah rindu pada KL ... kononnya.

Aku ke taxi stand. Ingat nak naik teksi ke sana. Mak aiii ... teksi pun tak nak ke PT.

'Jurasic Park ke PT ni?' aku menyoal diri aku sendiri. Pedo'oh ngat yak. Steven Spielberg blm terfikir pn nak buat filem Jurasic Park masa tu. Hehehe!

Seingat aku, drebar2 teksi di situ peramah belaka. Banyak soalnya. Terasa macam pelancong pulak aku. Dalam ramai2 tu, adalah seorang yang extra baik. Dia setuju nak menolong aku. Bukan nak tolong hantar aku ke PT tetapi nak hantar aku ke somewhere else. Ke mana ye??? Cuba teka ....

Aku terpaksa berhenti dulu di sini. Perut dah mendendangkan lagu 'Sepi Tanpa Cintamu' ni, ye Amiey ... Hehehe! Hanya Amiey dan aku yang tau rahsia di sebalik lagu ni ... Enceli jangan maroh! Aok jiwa rock! Tak sesuwaiiii ....

No comments: