Sunday, December 26, 2010

AMIEY memanglah AMIE

Assalamualaikum ...

Setelah sekian lama menyepi diri dari laman blog aku ini, aku tergerak hati pula nak melakarkan selengkar lagi kisah dalam sejarah hidup aku, malam ini.

Sekarang aku berada di Kota Damansara, di rumah kakak aku. Siang tadi aku bermesyuarat di RTM. Hari Ahad pn ada mesyuarat ... mmmm. Rumah akak aku memang sunyi sebab masing2 di bilik masing2 buat hal masing2. Bola sepak antara M'sia dn Indonesia di TV pn tak ada siapa nak layan.

Ketika ini, aku merasa tak berapa sihat. Batuk dan selsema dah datang bertandang semula. Aku tak sihat kerana malam kelmarin aku berjaga sepanjang malam. Seingat aku, aku cuma melelapkan mata selama 30 minit sahaja. Aku tak menyesal kerana berjaga tetapi aku resah sikit bila demam macam ni. Aku berjaga bukan kerana aku menulis skrip tetapi aku berjaga kerana mendengar siaran radio Kelantan, MANIS FM yang sebelum ini, aku tak pernah dengar pun. Kenapa aku dengar MANIS FM sampai terdemam2 ni? Macam ni al'kisahnya ....

Satu hari, dalam masa sebulan ni, aku menerima request dari seseorng untuk menjadi kawan FB aku. Seperti lazimnya aku menerima semua request walaupun dari orang yang aku tidak kenali. Tak baik menghampakan permintaan orang. Kebiasaan aku apabila menerima request ni ialah aku melihat info orang berkenaan, kemudian baru aku melihat gambar2nye. Kalau dia dr sekolah2 tempat aku mengajar dahulu, aku groupkan mereka ni sbg 'ex students' dn 'friends' aku walaupun aku tak cam wajah mereka. Mana nak cam? Dulu mereka kanak2. Sekarang dah jadi mak dn ayah kpd kanak2.

Seorang hamba Allah yang menamakan dirinya 'Amiey memanglah Amie' add aku. Aku terima. Aku lihat gambar2nya sepintas lalu dan gambr2 tu doesn't ring a bell. Maknanya wajahnya tak mengingatkan aku kepada sesiapa pun so aku just let it be. Kemudian aku terima PM darinya. Dia bertanya, aku kenal atau tidak dia. Bila aku terima soalan2 mcm ni, aku mula serbasalah. Aku terlalu bimbang untuk melukakan hati orang, kalau aku terus cakap 'tidak'. Jadi aku terpaksa mencari kata2 yang tidak kasar dibaca. Aku akui bahawa aku tidak cam wajahnya. Dari gambar2nya, aku tahu bahawa dia adalah orang seni. Dia mengakui bahawa dia adalah seorang DJ radio dan adalah bekas pelajar aku di SM Pulau Tawar pada tahun 1983. 27 tahun yang lalu. Ketika itu dia di tingkatan 1. Mak aii... mana aku nak cam??? Adik beradik sendiri pun kalau kita tak jumpa selama itu, pasti kita tak kenal, kan???

Amiey menerangkan bahawa dia adalah DJ untuk MANIS FM, stesyen radio Kelantan yang mana sku tak pernah tuned in to. Stesyen radio aku is strictly KLASIK FM. Aku tak pernah dengar stesyen lain.

Selepas itu, aku cuba mendapatkan frekuensi MANIS FM di radio aku tapi gagal. Amiey minta aku dengar melalui blognya. Berjaya! Malam kelmarin, sambil melayan FB, aku melayan MANIS FM. Sebaik sahaja aku mendengarnya, aku merasa begitu sebak kerana lagu Look For A Star sedang berkumandang. Itu lagu all time favourite aku dan aku tau Amiey menujukan lagu itu kpd aku walaupun dia tidak mewarwarkannya di udara. Macamana aku boleh tau?? Kerana si Amiey ni berjiwa rock ... tak mungkin dia suka memainkan lagu oldies macam tu. Tambahan pula lagu tu lagu omputeh. Macamana Amiey tau itu lagu peberet aku?? Aku rasa Amiey telah merujuk kpd post2 di FB aku. Rajinnya dia. Dan aku menjadi betul2 pasti apabila lagu demi lagu yang diputarkan adalah lagu2 dr wall FB aku atau lagu2 yang pernah aku minati sewaktu aku di Pulau Tawar dahulu. Amiey telah bersusah payah mencari lagu2 tersebut untuk aku malam kelmarin. Terharu sungguh aku sehingga airmata aku meleleh ke pipi.

Tambah memilu dan membanggakan aku adalah apabila dia menyebut namaku on air!. Aku dah biasa melihat namaku di kaca TV. Aku dah biasa dengan publisiti tetapi situasi malam kelmarin begitu berbeza untuk aku. Satu perasaan bangga yang telah meremangkan bulu romaku. Sekali lagi aku merasa diri aku ini disayangi dan dihargai.

Aku tak tidur hingga ke jam 6 pagi. Lagu terakhir yang Amiey putarkan pagi itu adalah lagu Biarlah Bulan Bicara. Ramai yang tahu bahawa lagu itu adalah lagu tema untuk drama Cinta Tsunami aku dan ramai juga yang tahu bahawa itu adalah lagu yang wajib aku nyanyikan jikalau aku membuat 'persembahan'. Yang mengejutkan aku, Amiey juga tau!!!

Malam semalam, aku cuba juga mendengar MANIS FM tetapi aku kalah dengan rasa mengantuk aku yang teramat sangat. Lagipun aku perlu berehat dan tidur untuk mesyuarat hari ini. Namun begitu, aku tetap onkan MANIS FM d pc aku. Sesekali aku terjaga, aku terdengar lagu2 kegemaran aku masih dimainkan. Dalam keadaan mamai aku meraba HP aku dan hantarkan ucapan terima kasih aku kepada Amiey mnelalui SMS.

Amiey O Amiey ... Amiey telah membuat PA bangga dan gembira 2 hari ini. Tak tau macamana PA nak membalas jasabaik Amiey. PA harap satu hari nanti kita akan bersua muka ... PA nak peluk Amiey dengan penuh kasih sayang. Pelukan seorang abang kepada adiknya. Pelukan seorang ayah kepada anaknya. Wahai sidang pembaca, jangan nak mengade2 pikir yg bukan2 ye ...

Kepada yang membaca coretan aku mlm n i, dengarlah MANIS FM kelolaan Amiey memanglah Amie jam 2 ptg esok dan aku yakin bahawa ada lagi lagu2 kegemaran aku akan berkumandang.

Amiey, thank you from the bottom of my heart!

No comments: