Monday, December 27, 2010

PULAU TAWAR

Terlanjur aku sudah mula menulis, biar aku teruskan lagi mencatat memoriku di laman ini ...

Setelah tamat pengajianku di MPTI, Johor Baharu, aku pulang ke rumah abangku di Damansara Utama. Walaupun kembali bersama keluarga tapi aku rasa sunyi sebab baru saja berpisah dengan rakan2ku ...

Dalam leka aku mengharungi semula kehidupan remajaku di kotaraya Kula Lumpur, aku menerima surat tawaran mengajarku. Aku terkejut bila aku ditawarkan untuk mengajar di sebuah sekolah menengah di Pulau Manis, Pekan, Pahang Darul Makmur ... Abangku juga terkejut. Abangku sebenarnya tidak berapa berani melepaskan aku ke situ kerana Pekan adalah bandar di raja Pahang. Mungkin dia bimbang aku tersilap langkah di sana nanti dn menjadi bahan kemurkaan keluarga di raja. Mungkin abang aku merasa dia terlalu mengenali diriku ... Hahaha!

Aku tidak tahu apa yang abang aku lakukan sehingga tawaran aku ke Pulau Manis dibatalkan dan sebaliknya aku ditawarkan pula mengajar di Sek. Men. Pulau Tawar di Jeratut. Alamak ... ketar lutut aku sebab aku tak pernah dengarpun tempat yang bernama Pulau Tawar. Dalam hati, aku memadankan mukaku sendiri.

'Orang dah beri Pulau Manis, engkau tak nak. Sekarang, engkau pergilah ke Pulau Tawar!'

Aku resah. Aku membayangkan aku terpaksa mengajar di sebuah pulau.

'Alamak, mampuslah aku ...!'

Aku termenung beberapa hari dan yang aku nak marah sangat, famili aku boleh mengusik-usik dan menakut-nakutkan aku pulak.

The very fateful and painful day for me came. Aku terpaksa pergi mendaftar diri ke sekolah tersebut. Aku pergi bersendiran kerana familiku yang lain terlalu sibuk dengan urusan memasing. Dengan pakaian dan gaya townboy aku, aku menaiki bas ke Temerloh dan dari Temerloh aku menaiki bas lain ke Jerantut.

'Mak aiii ... masak aku kalau macam ni! Apasalah tak ada bas express terus ke Jerantut dari KL?' Aku terasa semakin cuak membayangkan betapa susahnya aku nak berulang alik ke rumah setiap hujung minggu.

Setibanya aku di pekan Jerantut, aku terasa begitu asing. Aku perasan atau aku TERperasan banyak mata yang memandang aku. Sebelum meneruskan perjalananku ke Pulau Tawar, aku singgah di sebuah salon untuk mencuci dan meniup (blowdry) rambutku ... hehehe! Selesai menhensemkan diriku, aku terasa laparlah pulak so aku ronda2 dulu di kota Jerantut untuk memperagakan rambutku.

Aku singgah di Restoran Rasa Sayang sebab aku tengok restoran tu ada kelas sikit. Lagipun, aku teringatkan Hotel Rasa Sayang yang terkenal di P.Pinang masa tu ... Aku ingat aku order nasi dan lauk ayam goreng plus itu dan ini dan air sirap. Aku memang kelaparan. Bila tiba ke babak aku memamah peha ayam goreng, tekak aku ni terase mual semula. Apa ke tidaknya? Sedang aku sedap2 mengunyah daging ayam tu, aku terasa ada sesuatu yang bergerak-gerak dalam mulutku. Aku berhenti mengunyah dan melihat baki peha ayam yang masih d tanganku ... Arghhhhhhhhhh!!!!

Kita sambung kemudian, k ... Dah senja dah ni. AKu nak mandi dan bersiap untuk solat maghrib pulak. See u soon. Ta taa .. Ti tii .. Tu tuuuu ...!

2 comments:

DJ AMIEY BUNTAT said...

Tak Sabar nk baca cerita seterusnya huahuahuahua

Fadh Rahman said...

woi2 ape nie??? Potong stim betuui laaa...


Keh keh keh