Tuesday, December 28, 2010

PULAU TAWAR III

11.50 malam ....

Tak payah mukadimahlah kali ni. Aku nak terus sambung cerita aku yang terbantut pagi tadi ...

Sebenarnya, abang teksi tu bawa aku ke rumah pengetua SMPT ketika itu, cikgu Rahman, di sebuah taman perumahan yang aku dah lupa namanya. Aku seram juga. Maklumlah aku ni ibarat semut merah sedangkan pengetua ibarat gajah ... Buatnya, dia lebih dari gajah. Dia T-Rex ke. Mampuiii aku ...

Sepanjang perjalanan ke rumah cikgu Rahman, abang teksi tu banyak bercerita. Dia sedara si anulah ... sedara si inilah. Aku manalah kenal siapa si anu tu dan siapa si ini ni.

'Isyyyy ... peramah bebenor pulak abang ni'

Aku terkejut juga bila pertama kali berjumpa cikgu Rahman. He was such a humble and nice man. Lari langsung dari tanggapan aku.

Pendekkan cerita, cikgu Rahman ni bawalah aku ke Pulau Tawar menaiki keretanya. Banyaklah yang dibualkan oleh kami dalam kereta tu dan aku sedaya upaya cuba nak make a good impression. Alhamdulillah, dengan senyuman manisku, budi bahasa omputehku, aku berjaya. Dan yang paling best ialah dia kenal 2 orang abang2 aku yang ketika itu adalah pegawai2 tentera. Kalau tak silap aku, mereka bertiga ni dari sekolah yang sama i:e Sekolah Clifford di Lipis. Siapa senior siapa junior, aku tak ingat. Yang aku ingat cikgu Rahman ni sangat berbangga dengan abang2 aku dan tempiasnya dapat ke aku. Hehehe!

Sambil berborak tu, aku survey juga kawasan2 yang kami lalui. Alamak!! Hutan je !! Mana airnya? Kata 'pulau' ...??

Cikgu Rahman jelaskan bahawa desa Pulau Tawar dikelilingi oleh sungai kecil sebab itu ianya digelar PULAU Tawar ... Ooo Ok2. Jelas dan tak begitu nyata. Hehehe! Aku tak nampak pun sungainya ( ketika itu) ...

Melepasi simpang ke Kpg Pulau Tawar barulah aku dapat lihat perkampungan. Sungguh tradisional. Kereta cikgu Rahman sekejap belok ke kiri. Sekejap belok ke kanan. Mulanya aku heran juga. Is my boss alright? Rupanya cikgu Rahman hendak mengelak dari terlanggar bobby traps yang dipasang oleh lembu2 yang bergitu santai berkeliaran di sepanjang jalan. Ada juga yang berbaring sambil sub bathing di tengah jalan. Sungguh Jurasic. Hehehe! O ye, sidang pembaca tau ke apa booby trapstu? Taik lembu daaa ....

Sebenarnya, aku memang ditimpa cultural shock. Takut pun ada, masa tu ... Macamana aku nak survive di Pulau Tawar ni. Yang buat aku macam nak menangis (dalam hati) ialah bila cikgu Rahman kata kpg tu tak ada bekalan eletrik. Maknanya no TV. Huhuhuhuhu ... Mak tolong makkkk! Nasib baik mak aku dah meninggal. Kalu tak, soheh, aku suruh mak aku ambilalih tempat aku.

Sekolah Pulau Tawar memang jauh di hujung kampong. Kami lalui kawasan padang sekolah dulu sebelum sampai ke pagar utamanya. Besar juga padang tu. Sekolahnya pula sempoi je. Tak ada apa2 yang canggih. Yang aku nampak, ada 2 blok bangunan bilik darjah. Ada kantin. Ada padang netball. Ada asrama. Salah satu daripadanya dibuat dengan kayu papan. Di hujung sekolah, ada rumah guru dua pintu, juga dari kayu papan. Selepas rumah guru .... hutannnn! Mak aiiii! Dub dab dub dab jantung aku! Kenapalah abang aku pandai2 kenselkan postingaku ke Pulau Manis???

Cikgu Rahman bawa aku tour kawasan sekolah. Aku terasa macam YB pulak. Aku dapat rasakan bahawa cikgu Rahman suka dengan kedatangan aku ke sekolah itu. Hakikat itu sajalah yang dapat mententeramkan hatiku ketika itu ...

Selepas melawat kawasan, YB ni pun dibawa ke pejabat. Di situlah pertama kali aku bertentang mata, berbalas senyum dengan Miss SMPT dari Chinatown.

Siapakah si dia itu ...???

Tungguuuuu ....

No comments: