Friday, January 7, 2011

PULAU TAWAR V

Assalamualaikum ....

Aku tak ingat samada aku datang ke SMPT pada hari Sabtu atau hari Ahad tapi yang aku ingat aku rasa kosong. Rasa sesat dan rasa macam nak balik ke Kuala Lumpur semula. Suasana di kawasan SM Pulau Tawar ketika itu terlalu tenang dan lengang. Masa seolah-olah terhenti bagi aku. Apapun, Selamat datang ke dunia baru aku!

Jejaka yang menaiki bas, duduk dalam bas dan turun dari bas dengan aku itu adalah Nasir, cikgu Nasir. Seorang guru baru seperti aku. Beza antara kami memang ketara. Aku nampak si Nasir ni lebih sempoi, lebih relaks dan lebih banyak tersenyum. Aku pulak terlebih sengeh ... macam kerang busuk. Sengeh yang aku paksa ukir.

Aku bersalaman dan berkenalan dengan cikgu Nasir. Dia juga dari KL, rupanya. Kami kami menuju ke rumah guru. Dua buah rumah papan yang bersambungan dengan tiang2 yang sangat rendah. Kambing pun tak lepas menyusup ke bawah rumah tu. Salah sebuah rumah itu dihuni oleh keluarga cikgu Esah, ustazah di SMPT. Sebuah lagi adalah untuk guru2 bujang.

Melangkah masuk ke rumah, aku dan Nasir disambut oleh 5 orang guru bujang lain. Aku betul2 terasa 'out of place' kerana bagi aku, mereka kelihatan sungguh matang berbanding dengan aku. Nasir yang sebaya dengan aku pun, kelihatan matang juga. Perut aku rasa kecut tapi aku cuba berlagak berani dan selamba.

Aku berkenalan dengan cikgu Mat Sudin, Wan Zainal, Mokhtar, Rosli dan Basharudin, seorang lagi guru baru. Semua senior pada aku.

Aku gerun juga melihat cikgu mat sudin yang kelihatan garang dan memiliki senyuman yang sinis. Cara percakapannya agak terkawal dan perlahan.Cikgu mat sudin ni dari Mela, Kuala Lipis, kalau tak silap aku. Nasib baik dia bercakap Bahasa Melayu standard. Dia guru matematik, kalau tak silap aku juga. Dalam hati aku, aku rasa aku tak boleh nak 'klik' dengan dia ni sebab dia nampak 'eksen' sikit ( mat, kalau di baca ni, janganlah maroh keh yak ). Cikgu mat sudin ni, walaupun garang tapi berjiwa seni. Dia sukakan musik. Pandai bermain gitar dan mencipta lagu. Musik juga telah merapatkan jurang antara dia dan aku. Cikgu matlah yang selalu bawa aku nyanyi di stage shows di area Jerantut. Pernah sekali tu, dia cipta lagu untuk pertandingan dan dia minta aku nyanyikannya. Siap rakam dan hantar penyertaan lagi tapi gagei! Lagunya sedap. Mungkin suara aku yang tidak. Dari cikgu matlah aku belajar perkataan 'addlip'.

Ekcerli, aku tak ada mood nak tulis bab 'intoduce'2 ni. Aku lebih suka tulis tentang pengalaman 'priceless' aku di Pulau Tawar tapi aku kena tulis juga sebab dengan cikgu2 ni pun aku ada pengalaman tersendiri. Aku pernah bergaduh dengan salah seorang dari guru2 ni sampai tak bercakap untuk beberapa lama. Bab tu, aku cerita kemudian. Hehehe ....!

Okay, next cikgu yang aku nak perkenalkan ialah cikgu Mokhtar. Kalau tak silap aku, dia ni orang Kelantan. Ngajar apa, aku dah lupa. Walaupun 'chubby' dan berkulit gelap sikit tapi hensem jugak orangnya. Bagi aku, dia ni paling sempoi. Tak banyak ragam. Bercakap 'maintain' loghat ibundanya. Cikgu mokhtar ni lah yang mula perkenalkan aku kepada Hetty Koes Endang. Mana taknya, hari2 main kaset Hati Lebur Jadi Debunya sampai aku terjatuh hati kepada lagu2 dalam kaset tu. Lagu Hetty yang paling aku minat sampai sekarang ni ialah lagu 'Melodi Perpisahan'. Bukan minat lagu tu saja, entah berapa banyak kaset HLJD aku beli. Semua hilang ... Hehehe! Ada sekali dulu, aku sanggup ke kuantan untuk menonton konsert hetty di stadium Darul Makmur. T.ksh cikgu mokhtar kerana kenalkan aku pada hetty.

Cikgu seterusnya ialah cikgu rosli. Orang Johor, rasanya. Kecil molek orangnya. Berambut keriting halus. Cikgu Rosli ni mengajar apa ye? Sains Pertanian ke? Eh, tak mungkin sebab aku tak nampak pun kebun di SMPT dulu. Entahlah, aku dah lupa. Cikgu rosli ni tak pernah tak smart. Smart memanjang. Sentiasa menjaga personalitinya. Ramai pakcik2 di Pulau Tawar tu suka pada cikgu Rosli ni. Salah seorang daripadanya adalah arwah enchu rozuki. Seingat aku, cikgu rosli ni dulu selalu dipadan2kan dengan anak2 dara pakcik2 di Pulau Tawar tu tapi sorang pun tak melakat, rasanya. Rosli .. rosli .. walaupun cenonit je orangnya tapi ramai peminat. Love is blind, mat salleh kabor ... Hehehe!

Seterusnya ialah cikgu zainal. Orang Felda. Felda mana, aku lupa juga. Dia ngajar apa, aku pun dah tak ingat. Masa aku mula datang ke SMPT, aku rasa cikgu zainal ni yang paling best. Love at 1st sight bagi aku. Hahaha. Dia ni kurus dah tahap melengkung sikit. Pakai seluar ala2 bell bottom gitu. Suka buat kelakar dan 'out spoken'. Aku ingat dia ni syok pada ketua pelajar perempuan SMPT masa tu. Kalau tak silap aku, budak tu namanya Rahimah Supar. Tapi cikgu zainal ni syok sendiri je. Hahaha! Budak tu tak ada perasan pada dia, agaknyalah. Lagi satu yang aku ingat tentang cikgu zainal ni ialah dia ada motorsikal 'scrambler'. Sesuai sungguh dengan body dia yang kurus tu. Cikgu zainal ni, pantang jumpa hari Jumaat. Tiap hari jumaat, dia akan balik ke kampong felda dia dengan scrambler merahnya.

Kerana terlalu suka dan respek pada cikgu zainal ni, aku panggil dia abang nal. Hehehe! Cikgu2 lain semua aku panggil nama saja. Cikgu2 lain pun panggil dia ni 'nal' saja.

Orang kata 'panas tak sampai ke petang'. Satu hari tu aku bergaduh besar dengan abang nal aku ni. Wakakaka! Kenapa? Macamana? Nanti aku sambung kemudian ya ...

Goodnight!

No comments: